ini blog khairul sahban

Sila buat mcm rumah sendiri...

Tuesday 26 April 2011

keputusan semasa dan keputusan terkini Selangor Vs Kelantan Liga Super 2011 26/4/2011 live astro CH801






Keputusan Selangor Vs Kelantan Liga Super 26/4/2011
Khairul Sahban Adalah penyokong sejati RED GIANT


Tampil buat pertama kali dengan jersi biru, Selangor ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama kepada tuan rumah Kelantan. Mampukah Selangor bangkit di separuh masa kedua nanti?

Perlawanan berkenaan menjadi tumpuan utama apabila saingan Liga Super kini semakin menghampiri kemuncaknya di mana perebutan gelaran liga secara teorinya melibatkan dua pasukan berkenaan walaupun dari segi matematiknya pasukan tangga ketiga, Terengganu masih mempunyai peluang mencabar Kelantan dan Selangor


keputusan terkini




Jadual Liga Super 2011 : Selasa, April 26, 2011
Sabah (1) lwn (2) Terengganu(Std Likas 20:15)
Kelantan (1)  lwn (0) Selangor (Stadium Sultan Mohamed IV 20:45)
T-Team (1) lwn (1) Kedah (Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah 20:45)
Perak (3) lwn (2) Kuala Lumpur (Std Perak 20:45)
Harimau Muda A (1) lwn (1) N. Sembilan (Std Shah Alam 20:45)
Felda United FC (0) lwn (0) Johor FC (Std KLFA 20:45)
Perlis (0) lwn (1) Pahang (Std Utama Negeri 20:45)
Info:- Khairul Sahban Bin Mohd Yunus adalah penyokong fanatik SELANGOR!


Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, SELANGOR berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti!

SELANGOR!!! SELANGOR!!! SELANGOR!!! SELANGOR!!!


keputusan liga super 26/4/2011


KELANTAN ( 1 ) - ( 0 ) SELANGOR


Keputusan Lain Liga Super 26/4/2011

Sabah (1) lwn (2) Terengganu(Std Likas 20:15)
Kelantan (1)  lwn (0) Selangor (Stadium Sultan Mohamed IV 20:45)
T-Team (3) lwn (1) Kedah (Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah 20:45)
Perak (5) lwn (3) Kuala Lumpur (Std Perak 20:45)
Harimau Muda A (1) lwn (1) N. Sembilan (Std Shah Alam 20:45)
Felda United FC (0) lwn (0) Johor FC (Std KLFA 20:45)
Perlis (1) lwn (2) Pahang (Std Utama Negeri 20:45)

Labels:

Tuesday 19 April 2011

MariTonton onlinetv.my Tv1 ,Tv2 Dan Tv3 Secaca Online


Tonton onlinetv.my di blog http://www.khairulsahban.blogspot.com


Labels: ,

Monday 18 April 2011

ulang tahun kelahiran khairul sahban


www.khairulsahban.blogspot.com

Khairul sahban genap 25 tahun dan berharap akan sentiasa menjadi muda selalu tanpa pengawet muda

sila beri penghormatan hari ni hari jadi aku...
tak pecaya tengok dlm facebook

www.khairulsahban.blogspot.com

Labels:

Friday 15 April 2011

Liga Super Selangor VS Perak 2011 Stadium Shah Alam 16/4/2011 8:30 mlm Astro

PerakFA


SelangorFC

VS


Selangor akan berdepan dengan musuh utama baru iaitu PERAK, namun luka lama belum sembuh lagi, kekalahan kepada Kelantan dan T-Team, Kelantan yang dikatakan hebat! tersungkur jua akhirnya. Kekalahan kelantan kepada perak amat mengejutkan, Khairul Fahmi akui prestasi menurun. Kelantan bukan lagi topik utama. Perak kini semangkin menyerlah berikutan dibarisi pemain berpengalaman seperti Akmal Rizal Rakhil dan penjaga gol yang begitu hebat, selangor harus mencari jalan untuk menggerudi gawang Perak Nasril Nourdin yang beraksi Hanya melepaskan 5 gol dalam 11 perlawanan. Sama-sama kita saksikan mlm ini di stadium shah alam.

INFO: Khairul Sahban adalah penyokong Selangor :)

Pastikan penyokong selangor lebih ramai dari penyokong perak...kita tempur sehabis-habisan!!!!

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, SELANGOR berjaya!

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti!


SELANGOR!!! SELANGOR!!! SELANGOR!!! SELANGOR!!!

Labels:

Wednesday 13 April 2011

Keputusan @ Result Tottenham Hotspur VS Real Madrid, Schalke 04 VS Inter Milan Live Suku Akhir 2nd Leg Liga Juara-Juara Eropah 14 April 2011






Tottenham Hotspur tewas 0-1 (Agg 0-5) kepada Real Madrid di White Hart Lane. Dalam perlawanan ini Totrtenham banyak menyerang kubu Real tetapi gagal menembusi gawang Real Madrid.


Gol kemenangan dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke 50 yang merembat kencang dari luar kotak penalti yang gagal di tangkap kemas oleh Haurelio Gomes lalu bola bergolek masuk ke pintu gol.



Dalam 1 perlawanan, Schalke 04 menang 2-1 (Agg 7-3 ke atas) ke atas Inter Milan. Ini bermakna juara bertahan, Inter Milan gagal mempertahankan trofi Liga-Juara-Juara yang mereka menangi musim lepas.


Gol Schalke di jaringkan oleh Raul pada minit ke 45 tetapi Inter Milan pantas menyamakan kedudukan hasil jaringan Thiago Motta pada minit ke 48.



Ketika permainan hampir berakhir dengan seri, Benedikt Hoewedes muncul wira Schalke apabila bijak melepasi perangkap offside lalu menjaringkan gol kemenangan.


Ini bermakna Real Madrid akan bertemu Barcelona di separuh akhir manakala Manchester United akan bertemu Schalke di separuh akhir UEFA Champions League.





Pertembungan menarik antara Tottenham Hotspur VS Real Madrid dan Schalke 04 VS Inter Milan live suku akhir 2nd Leg Liga Juara-Juara Eropah 14 April 2011 pasti akan menjadi tumpuan kaki bola.

Real Madrid yang menang 4-0 ke atas Tottenham di Santiago Bernabeu pasti pilhan untuk layak ke separuh akhir. Namun pastinya Tottenham pasti tidak akan memberi laluan mudah.




Tottenham pernah bangkit 3-0 mengalahkan Young Boys pada pusingan kelayakan dan menang  ke atas AC Milan dan Inter Milan. Rekod ini yang menjadi sandaran Harry Redknapp untuk menentang Real Madrid.

Sekali lagi tumpuan dalam perlawanan ini pastinya pertembungan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Jom kita lihat rekod statistik kedua-dua pemain.




Jika Real Madrid menang dalam perlawanan ini, Real Madrid akan bertemu Barcelona di pusingan separuh akhir Liga-Juara Eropah musim 2010/2011.


Jom kita lihat fakta menarik untuk perlawanan Tottenham Hotspur VS Real Madrid dan Schalke 04 VS Inter Milan ini :-



Dalam 1 lagi perlawanan, Inter Milan perlu menang 4-0 ke atas Schalke 04 setelah tewas 2-5 di San Siro jika berhajat mahu mempertahankan kejuaraan UEFA Champions League.


Memang nampak mustahil bagi Inter untuk menang 4-0 apatah lagi bertandang ke tempat lawan. Jom kita terjah kesebelasan utama untuk perlawanan Inter Milan VS Schalke 04 ini




Pemenang perlawanan ini akan menentang Manchester United dalam perlawanan separuh akhir.

Labels: , ,

menakluk parameswara yang dikatakan hebat.

u m b a i   m e l ak a   d i s e r a n g. . . . .



Bermulanya disini perjanan ke umbai...kali ini 7 org tentera




sesi pengecaman mengambil masa yg begitu lama, kerana kualiti harus diutamakan



kimi bukan nama sebenar beliau dari kumpulan teknikal membantu kami secara terperinci untuk menakluk umbai parameswara, beliau dikatakan perpengalaman dalaman bidang teknikal selama 3tahun, Kelantan adalah dibawah jajahan beliau




parameswara semuanya tewas di atas meja, semua bala tentera bersiap-siaga untuk menjamu selera.


   Berikut adalah menu parameswara yg di order :-
                                                                                  1. ikan siakap bakar
                                                                                  2. ikan siakap 3 rasa
                                                                                  3. ikan pari masak asam
                                                                                  4. sotong goreng tepung
                                                                                  5. kerang bakar / kertang rebus
                                                                                  6.  Air asam Boy:-sahban punya


 Total harga:- RM 130 makanan 7org

 Kepten Fadzli amat teruja dengan parameswara yang telah ditawan, kami semua gembira


 

 Kesimpulannya datanglah beramai-ramai ke parameswara umbai melaka, jgn risau kesemuanya telah kami tawan dengan jayanya. Pengembaraan kami ke umbai melaka sangat mengujakan, dan memberi kami semangat untuk datang kembali. kerana;-

melaka sangat bersejarah

Labels:

Tuesday 12 April 2011

Keputusan @ Result Manchester United VS Chelsea, Shakhtar Donetsk VS Barcelona Live Suku Akhir 2nd Leg Liga Juara-Juara Eropah 13 April 2011







Manchester United menang 2-1 (Agg 3-1)  ke atas Chelsea dalam perlawanan timbal balik di Old Trafford. Ini bermakna MU layak ke separuh akhir UEFA Champions League 2010/2011.


Gol MU di jaringkan oleh Javier Hernandez pada minit ke 43 hasil hantaran leret Ryan Giggs di depan pintu gol. 




Tersentak dengan jaringan itu, Chelsea memasukkan Didier Drogba pada separuh masa kedua menggantikan Fernando Torres untuk memburu gol penyamaan.


Ketika Chelsea rancak menyerang, Ramires dihadiahkan kad merah kerana mengasari Nani. Chelsea berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui Didier Drogba pada minit ke 77 walaupun bermain dengan 10 orang.




Walaubagaimanapun gol itu tidak bertahan lama apabila saat Park Ji Sung yang tidak dikawal menjaringkan gol ke 2 MU pada minit ke 77.


Dalam 1 lagi perlawanan, Shakhtar Donetsk tewas 0-1 (Agg 1-6) kepada Barcelona hasil jaringan Lionel Messi pada minit ke 43. 




Nampaknya dalam perlawanan ini, Pep Guardiola banyak menurunkan pemain simpanan bagi mengelakkan pemain utama mengalami kecederaan bagai menghadapi Real Madrid sabtu ini dalam La Liga.


Manchester United dan Barcelona berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. 2 lagi pasukan yang di jangka layak adalah Schalke 04 dan Real Madrid.






Pasti ramai yang ternanti-nantikan keputusan perlawanan Manchester United VS Chelsea dan Shakhtar Donetsk VS Barcelona suku akhir 2nd Leg Liga Juara-Juara Eropah 13 April 2011 ini kan. 


Di atas kertas, MU memiliki kelebihan apabila bermain di gelanggang sendiri dan memiliki kelebihan 1 gol di tempat lawan. MU hanya perlu seri 0-0 untuk layak ke separuh akhir.




Chelsea pula bermain di bawah tekanan kerana inilah trofi yang masih tinggal untuk Chelsea untuk musim ini. Jika kalah, Chelsea akan pulang tanpa sebarang trofi musim ini.

 
Nasib jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti juga dalam bahaya setelah berjaya mendapatkan Fernando Torres dari Liverpool tetapi pemain itu gagal menyerlah di bawah bimbingan beliau.




Satu lagi perlawanan menyaksikan Shakhtar Donetsk VS Barcelona yang berlangsung di Ukrain. Nampaknya Barcelona adalah pilihan setelah menang 5-1 pada perlawanan pertama.


Apa-apa pun jangan lupa saksikan perlawanan Manchester United VS Chelsea live di Astro ESPN saluran 812 jam 2.40 am manakala Shakhtar Donetsk VS Barcelona live di Astro Star Sports di saluran 813 jam 2.40 a.m


 Administrator sungguh kecewa....paham-paham la...jgn tanya la..sbb apa....kecewa....:(

Labels:

result chelsea vs manchester semi final 2011

Manchester United Vs Chelsea – Who’s Going Through To The Champions League Semi-Final?


 


Pasukan pilihan saya adalah Chelsea :)




Labels:

Monday 11 April 2011

Misi menawan Jonker Walk terlaksana

Lokasi Menawan Jonker Walk Bermula di Pintu Gerbang




Persiaran Jonker  yang terletak di Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka. Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli
barang-barang antik. Apabila  melawati tempat ini anda akan terasa perbezaannya kerana suasana di penuhi dengan bahan-bahan sejarah seperti anda sedang berjalan di lorong zaman dahulu kala. Terutamanya saya suka pada banggunan disekeliling. Semua lorong saya telah tawan.


gambar yang sempat aku tawan:-
(harap maaf gamba xpandai nk amek dan xada kualiti)




Berikut adalah cebisan bala tentera yang telah terselamat dari peperangan dan telah diberi pingat keberanian kerana telah berjaya menawan kesemua pelusuk Jonker Walk

Nama:- 1. Khairulsahban M.Yunus
             2. Mohd Adree
             3. faizul
             4. zana
             5. abg man
             6. azima
             7. petom (tukang amek gambar)



inilah yang dimaksudkan tadi. baru mula nk serang tetibe jer musuh kat depan Jonker Walk memang hebat. Good Job!




Gambar ini dipercayai diambil secara sulit oleh pihak musuh, kemungkinan pakatan sulit, iaitu musuh utama sahban, petomper's bukan nama sebenar




Keadaan Jonker walk bila tengah malam, jam menunjuk kan pukul 12.35pm tapi musuh menyamar sebagai pengunjung sangat ramai. Kami sentia berwaspada
 



Salah satu markas musuh (BAR TIGER) kami tak akan masuk kedalam kerana ermmm....paham-paham sudaa la...




saya simpati dengan haiwan ini kerana haiwan ini telah ditawan sepenuhnya peluang hidup hanya 50/50



Gambar seterusnya sila masuk kat tab "Gambar"

Labels:

khairul sahban berhenti merokok

http://triatra.files.wordpress.com/2011/01/normal_653809000_l5b15d.jpg
 BUDAK SEKOLAH NI HIASAN SEMATA-MATA
TIADA KAITAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG MATI


Mase aku tulis belog ni aku aku dah lebih 30 jam berhenti merokok, ade kawan tanya "sahban nah rokok" aku jawab "ermmm...aku dah benti" semua org gelak.
xpelah, janji aku cuba nk benti gak. Skang ni aku kat melaka jd urusetia ppsppa, masalahnye bosan kat sini, asekkkkk rokok ajer...ape nk jadi tahhh! dade aku terase sakit yang teramat sangat, susah nk tarik nafas..so dari situ lah aku terdetik nak berhenti merokok. Cabaran nk benti rokok ni memang sekse, setiap masa dlm fikiran rokokkkk ajer gian nk M****S! bile member2 hisap rokok asap tu macam memanggil-manggil, tuhan je yg tahu. banyak gule2 aku telan hehehe...pendek kate kalau xde rokok ni mcm tak sempurna hidup! tp xpa
aku nk teruskan gak!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEht0qSIhaLFrYVrCnFkoA1h_4wFQdKQqpJzXdrztlLIHIqN1YWn8wNZOQVFs-oWFX0jwWjMssLFQny9thoW65CcU79b-IB8G4BK36PmfhD0ek76eSqKSugRQqn_rU-el34z-YIj7mYiqKFF/s320/tbc-paru-kecil.jpg
 CANCER

APE YANG AKU RASE SEKARANG NI PERNAFASAN AKU LEBIH PANJANG DAN TERATUR LEBIH RASA SELESA..RASE NK MEROKOK TU MEMANG ADA, AKU AKAN TERUSKAN JUGAK
FIKIR-FIKIRKAN LAH!


http://1.bp.blogspot.com/_Roi5XLKT5o4/THDNpH8-z-I/AAAAAAAAA1k/gc00VpHTtD0/s1600/rokok1.jpg 
BERHENTI MEROKOK SEBELUM TERLAMBAT

Labels:

Saturday 9 April 2011

Rank khairulsahban.blogspot.com suda mula tunjuk taring

I am very happy that my blog up to the first rank with the name "khairulsahban" (http://www.khairulsahban.blogspot.com) yeay! :)
before that myblog "khairulsahban.blogspot.com" not appear unless: ppsppa, amsuda.blogspot.com.perkasaHerb.blogspot.com, kedaimasadepan.blogspot.com "here my name has been used for commercial purposes ... heheh ... tq amsuda & kedaimasadepan ... and all visitors

Labels:

Thursday 7 April 2011

Kesian kat artis nie....

Lisa Surihani Jatuh Tersungkur (ABPBH 2010)

Labels:

Tag Bendera Negeri dan Parti Untuk Blogger

Kali ini, saya akan berkongsi dengan anda sekalian grafik menarik yang boleh diletakkan di blog anda, tag bendera negeri dan juga parti. Anda boleh meletakkan di sidebar blog masing-masing. Ini boleh dijadikan sebagai salah satu tanda pengenalan anda kepada pembaca blog. Oh ya, grafik ini dihasilkan oleh saudara Nyetok.

Tag Parti:
  • UMNO
  • Keadilan
  • Barisan Nasional
  • Pas
Tag Negeri:
  • Malaysia
  • Kelantan
  • Johor
  • Kedah
  • Wilayah Persekutuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pulau Pinang
  • Perlis
  • Sabah
  • Perak
  • Sarawak
  • Selangor
  • Terengganu
  • Kuala Lumpur

Untuk download semua gambar di atas (20 design), sila klik pada link di bawah:

Labels:

Wednesday 6 April 2011

Keputusan / Result Chelsea VS Manchester United, Barcelona VS Shakhtar Donetsk Live Suku Akhir Liga-Juara Eropah 1st Leg 2010/2011 (7 April 2011)

keputusan/Champions League 2011 
Chelsea vs Manchester


Sangat mengecewakan...penat aku bersengkang mata mlm td...rupenye kalah...demmm tol la...da la kene jd urusetia lg...pg nie...penat oiiiiii...keputusan perlawanan MU mendahului chealse 1-0 (1st Leg)
misi untuk membalas dendam! game seterusnya!
Chelsea tumpas 0-1 kepada Manchester United. Ini bermakna MU memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan. Gol MU di jaringkan oleh :-

  • Wayne Rooney (24) hasil sepakan ke belakang oleh Ryan Giggs

Ini bermakna MU hanya perlukan seri 0-0 dalam perlawanan timbal balik nanti di Old Trafford untuk layak ke separuh akhir.




Fernando Torres masih gagal menjaringkan sebarang gol untuk Chelsea bahkan dihadiahkan kad kuning kerana cuba merebahkan diri dalam kotak penalti. 


Gol Javier Hernandez di batalkanoleh pengadil pada minit ke 55 kerana offside manakala pengadil tidak memberikan penalti kepada Chelsea apabila Patrice Evra mengasari Ramires dalam kotak penalti.




Barcelona pula berpesta gol di Nou Camp apabila membelasah Shakhtar Donetsk 5-1. Gol-gol Barcelona di jaringkan oleh :- 

  • Andreas Iniesta (2)
  •  Daniel Alves (34)
  • Gerrard Pique (53)
  •  Seidou Keita (60)
  • Xavi Hernandez (86)

Manakala gol Shakhtar Donetsk dijaringkan oleh Y. Rakitskiy pada minit ke 59. Ini bermakna Barcelona mempunyai bekalan yang selesa apabila bertandang ke Ukrain nanti.


Nampaknya calon pilihan ke separuh akhir Liga Juara- Juara Eropah ialah Real Madrid, Schalke 04, Barcelona dan Manchester United. Apa-apa pun sama-sanalah kita tunggu perlawanan timbal balik nanti.


PREVIOUS ENTRY


Sekali lagi peminat bola pastinya tertunggu-tunggu keputusan / result Chelsea VS Manchester United dan Barcelona VS Shakhtar Donetsk live suku akhir Liga-Juara Eropah 1st Leg 2010/2011 pada 7 April 2011 ini kan.


Pertembungan Chelsea dan MU di Stamford Bridge boleh di anggap buku bertemu ruas. Untuk rekod MU belum pernah menang di gelanggang keramat Chelsea sejak 2002.




Chelsea pasti mahu membalas dendam kekalahan kepada MU di final Liga Juara-Juara Eropah 2008 di mana MU menang menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1.


Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti pastinya terdesak untuk menang kerana trofi Liga Juara-Juara adalah satu-satunya trofi yang masih tinggal untuk Chelsea buru.




Pertembungan Nemanja Vidic VS Fernando Torres pastinya mencuri tumpuan selain pertembungan Wayne Rooney VS John Terry dan Nani VS Ashley Cole.


Jom kite terjah kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :- 




Satu lagi perlawanan menyaksikan Barcelona VS pendahulu lliga Ukrain, Shakhtar Donetsk di Nou Camp. Di atas kertas Barcelona tidak di lihat menghadapi masalah membenam pihak lawan.


Shakhtar Donetsk yang bukan berstatus bintang di anggap sebagai 'giant killer' kerana pernah menang ke atas Arsenal dan AS Roma dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah.




Apa-apa pun jangan lupa saksikan Chelsea VS Manchester United live di Astro ESPN saluran 812 jam 2.40 a.m manakala Barcelona VS Shakhtar Donetsk di Astro Sports saluran 813 jan 2.40 a.m 7 April 2011.


Keputusan kedua-dua perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat...


Labels:

Tuesday 5 April 2011

PERLANTIKAN SEBAGAI URUSETIA KURSUS INDUKSI UMUM DAN KHUSUS KUMPULAN 2 SIRI 1/2001


Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2.             Adalah dimaklumkan bahawa, pihak kami telah melantik seorang Juruteknik Komputer Gred FT17sebagai urusetia bagi membantu kelancaran Kursus Induksi Umum Dan Khusus Kumpulan 2 Siri 1/2011 yang aan diadakan pada 6 April 2011 hingga 15 April 2011. Butiran anggota adalah seperti  berikut


Nama     :  Encik Khairul Sahban Bin Mohammad Yunus
Jawatan  :  Juruteknik Komputer Gred FT17



ALL THE   BEST!!!  :) Malacca! im coming!!! ^_^
aku bangga dah banyak kali aku jadi urusetia..hehe
paling jauh pg langkawi, mesyuarat pengarah negeri ppsppa


Labels:

Hanis Zalikha Zainal?

vs
(blog sahban baru setahun jagung)

HANIS... lebih popular kerana blog.
                                                  HANIS... lebih popular kerana blog.


Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan, baru-baru ini.
Selain Siti yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat) dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).

Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber dan Luna Maya (artis kontroversi Indonesia).


Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, kelapan.

Metro Ahad berkesempatan bertemu dengan Hanis bagi merungkai ‘misteri’ hingga namanya tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi, malah dilihat mengatasi populariti aktor kacak, Min Ho dan Lambert.

“Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain.

“Memang saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya yakin ia adalah disebabkan blog yang saya wujudkan lebih dua tahun lalu,” kata gadis tinggi lampai berusia 20 tahun itu.

Mengenai pencarian namanya yang mengatasi Siti Nurhaliza, Hanis Zalikha berpendapat maklumat mengenai penyanyi popular itu mungkin mudah dicari peminat dan tidak bergantung kepada enjin carian Google semata-mata kerana media cetak atau penyiaran sentiasa memaparkan beritanya.

Katanya, mungkin enjin carian Internet itu adalah salah satu medium daripada pelbagai saluran yang digunakan peminat penyanyi berkenaan untuk mengetahui perkembangannya.

“Berbanding diri saya, memanglah tidak popular seperti penyanyi pujaan ramai itu tetapi terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari,” katanya yang mempunyai 14,929 pengikut di blognya.

Bercerita mengenai dirinya, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu berkata selain mengikuti pengajian, dia turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

Namun, katanya, bidang peragaan dan berlakon terpaksa dihadkan kerana selain tidak mahu mengganggu pengajiannya, jarak universiti dengan Kuala Lumpur juga membataskan dirinya bergiat aktif dalam kedua-dua bidang berkenaan.

“Kedua-dua bidang yang penuh glamor itu juga bukan impian sebenar saya kerana cita-cita mahu bergelar seorang ahli perniagaan berjaya pada suatu hari nanti,” katanya yang pernah mendapat tempat kedua pertandingan Malaysian Dreamgirl dua tahun lalu.

Mengenai laman blognya, Hanis Zalikha berkata, dia sengaja mewujud blog kerana meminati bidang penulisan dan menjadikannya medan untuk bercerita mengenai kehidupan seharian dan pengalamannya serta berkongsi tips kecantikan dengan sesiapa yang berminat.

Dia yang mendapat tajaan pengajian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam turut berkongsi kecemerlangannya dalam pelajaran dengan memberi tips berguna.

10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)

Labels:

Monday 4 April 2011

JUARA ABPBH 2010




  • Bintang Paling Popular – Shaheizy Sam
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Rosnani Jamil
  • Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir
  • Penyanyi Wanita Popular – Yuna
  • Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam
  • Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
  • Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak
  • Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
  • Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Sixth Sense
  • Artis Nasyid Popular – Rabbani
  • Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan
  • Artis Komedi Wanita Popular – Norkhiriah
  • Artis Baru Lelaki Popular – Shahir
  • Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali
  • Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Nawawi
  • Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Tahniah  semua =)

Labels:

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DITANGGUHKAN "PPSPPA" (AKTA 672)

LAPORAN BERNAMA,


KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan diminta melunaskan tunggakan bayaran perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP&PA) kepada syarikat konsesi berkaitan yang dianggar berjumlah RM348.6 juta sejak 13 tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua tunggakan hutang tersebut perlu dilunaskan sebelum Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dikuatkuasakan tahun depan.

"PBT yang masih menanggung hutang atau bayaran perkhidmatan tertunggak kepada syarikat konsesi ini kita minta mereka menjelaskan sebelum ianya diambil alih oleh kementerian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pengurusan Sisa Pepejal (Akta 672) di sini, Rabu

Muhyiddin berkata, perkara itu antara yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat berkenaan yang bertujuan membincangkan hala tuju pelaksanaan sektor pengurusan sisa pepejal kebangsaan.

"Aspek pengurusan sisa pepejal ini amatlah penting dan sekian lama telah tertangguh. Secara keseluruhannya semua setuju cuma ada beberapa negeri sahaja minta untuk mengadakan rundingan secara terperinci sebelum mereka menyertai program pengambilalihan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.

Muhyidin berkata, selain itu, mesyuarat hari ini turut bersetuju supaya kerajaan negeri dan PBT terus membuat bayaran perkhidmatan PSP&PA atas kadar sedia ada kepada Kerajaan Persekutuan.

"Sebarang kenaikan kadar apabila penswastaan penuh dilaksanakan akan ditampung oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.

Mesyuarat, katanya, juga bersetuju supaya kerajaan Negeri, PBT dan kerajaan Persekutuan menandatangani perjanjian bersama berhubung bayaran perkhidmatan PSP&PA itu.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, mesyuarat juga bersetuju supaya semua kontraktor perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam sedia ada di PBT dinovasi kepada syarikat konsesi yang berkaitan sebelum akta berkenaan dikuatkuasakan.

Katanya, mereka juga bersetuju bahawa tapak-tapak pelupusan milik PBT yang sedia ada digunakan oleh Kerajaan Persekutuan, katanya.

Sementara itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di dalam siaran medianya berkata, semua keputusan mesyuarat itu dipersetujui oleh semua Kerajaan Negeri kecuali Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang memohon ditangguhkan keputusan bagi membolehkan Kerajaan Negeri memperhalusi perkara-perkara yang disyorkan.

Mesyuarat hari ini telah membentangkan empat kertas kerja oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam termasuk 'Pengambilalihan Fungsi Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengurusan Awam oleh Kerajaan Persekutuan melalui Penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007'.

'Status Projek-projek Pengurusan Sisa Pepejal Yang dilaksanakan Oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Kesepuluh (RMK-10), 'Kriteria Pemilihan Tapak bagi Tujuan Pembangunan Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal' dan 'Persediaan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) ke atas pelaksanaan Akta 672'.



-- BERNAMA

Labels: