ini blog khairul sahban

Sila buat mcm rumah sendiri...

Wednesday, 13 April 2011

Keputusan @ Result Tottenham Hotspur VS Real Madrid, Schalke 04 VS Inter Milan Live Suku Akhir 2nd Leg Liga Juara-Juara Eropah 14 April 2011






Tottenham Hotspur tewas 0-1 (Agg 0-5) kepada Real Madrid di White Hart Lane. Dalam perlawanan ini Totrtenham banyak menyerang kubu Real tetapi gagal menembusi gawang Real Madrid.


Gol kemenangan dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke 50 yang merembat kencang dari luar kotak penalti yang gagal di tangkap kemas oleh Haurelio Gomes lalu bola bergolek masuk ke pintu gol.



Dalam 1 perlawanan, Schalke 04 menang 2-1 (Agg 7-3 ke atas) ke atas Inter Milan. Ini bermakna juara bertahan, Inter Milan gagal mempertahankan trofi Liga-Juara-Juara yang mereka menangi musim lepas.


Gol Schalke di jaringkan oleh Raul pada minit ke 45 tetapi Inter Milan pantas menyamakan kedudukan hasil jaringan Thiago Motta pada minit ke 48.



Ketika permainan hampir berakhir dengan seri, Benedikt Hoewedes muncul wira Schalke apabila bijak melepasi perangkap offside lalu menjaringkan gol kemenangan.


Ini bermakna Real Madrid akan bertemu Barcelona di separuh akhir manakala Manchester United akan bertemu Schalke di separuh akhir UEFA Champions League.





Pertembungan menarik antara Tottenham Hotspur VS Real Madrid dan Schalke 04 VS Inter Milan live suku akhir 2nd Leg Liga Juara-Juara Eropah 14 April 2011 pasti akan menjadi tumpuan kaki bola.

Real Madrid yang menang 4-0 ke atas Tottenham di Santiago Bernabeu pasti pilhan untuk layak ke separuh akhir. Namun pastinya Tottenham pasti tidak akan memberi laluan mudah.




Tottenham pernah bangkit 3-0 mengalahkan Young Boys pada pusingan kelayakan dan menang  ke atas AC Milan dan Inter Milan. Rekod ini yang menjadi sandaran Harry Redknapp untuk menentang Real Madrid.

Sekali lagi tumpuan dalam perlawanan ini pastinya pertembungan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale. Jom kita lihat rekod statistik kedua-dua pemain.




Jika Real Madrid menang dalam perlawanan ini, Real Madrid akan bertemu Barcelona di pusingan separuh akhir Liga-Juara Eropah musim 2010/2011.


Jom kita lihat fakta menarik untuk perlawanan Tottenham Hotspur VS Real Madrid dan Schalke 04 VS Inter Milan ini :-



Dalam 1 lagi perlawanan, Inter Milan perlu menang 4-0 ke atas Schalke 04 setelah tewas 2-5 di San Siro jika berhajat mahu mempertahankan kejuaraan UEFA Champions League.


Memang nampak mustahil bagi Inter untuk menang 4-0 apatah lagi bertandang ke tempat lawan. Jom kita terjah kesebelasan utama untuk perlawanan Inter Milan VS Schalke 04 ini




Pemenang perlawanan ini akan menentang Manchester United dalam perlawanan separuh akhir.

Labels: , ,

2 Comments:

Blogger suderman said...

aku dah patah hati tgk champion league nih.. maklumlah team aku dah terkeluar. hehe.. tp ape pun aku sokong real madrid. kalahkan barcelona!! bosan aku tgk asyik2 barcelona je menang. haha

13 April 2011 at 20:34  
Blogger ini belog khairul sahban bin mohammad yunus said...

yesss......aku berpihak kepada real madrid plak....setelah dikecewakan oleh chelsea....sama-sama kita support real madrid

13 April 2011 at 21:56  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home