ini blog khairul sahban

Sila buat mcm rumah sendiri...

Wednesday 6 April 2011

Keputusan / Result Chelsea VS Manchester United, Barcelona VS Shakhtar Donetsk Live Suku Akhir Liga-Juara Eropah 1st Leg 2010/2011 (7 April 2011)

keputusan/Champions League 2011 
Chelsea vs Manchester


Sangat mengecewakan...penat aku bersengkang mata mlm td...rupenye kalah...demmm tol la...da la kene jd urusetia lg...pg nie...penat oiiiiii...keputusan perlawanan MU mendahului chealse 1-0 (1st Leg)
misi untuk membalas dendam! game seterusnya!
Chelsea tumpas 0-1 kepada Manchester United. Ini bermakna MU memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan. Gol MU di jaringkan oleh :-

  • Wayne Rooney (24) hasil sepakan ke belakang oleh Ryan Giggs

Ini bermakna MU hanya perlukan seri 0-0 dalam perlawanan timbal balik nanti di Old Trafford untuk layak ke separuh akhir.




Fernando Torres masih gagal menjaringkan sebarang gol untuk Chelsea bahkan dihadiahkan kad kuning kerana cuba merebahkan diri dalam kotak penalti. 


Gol Javier Hernandez di batalkanoleh pengadil pada minit ke 55 kerana offside manakala pengadil tidak memberikan penalti kepada Chelsea apabila Patrice Evra mengasari Ramires dalam kotak penalti.




Barcelona pula berpesta gol di Nou Camp apabila membelasah Shakhtar Donetsk 5-1. Gol-gol Barcelona di jaringkan oleh :- 

  • Andreas Iniesta (2)
  •  Daniel Alves (34)
  • Gerrard Pique (53)
  •  Seidou Keita (60)
  • Xavi Hernandez (86)

Manakala gol Shakhtar Donetsk dijaringkan oleh Y. Rakitskiy pada minit ke 59. Ini bermakna Barcelona mempunyai bekalan yang selesa apabila bertandang ke Ukrain nanti.


Nampaknya calon pilihan ke separuh akhir Liga Juara- Juara Eropah ialah Real Madrid, Schalke 04, Barcelona dan Manchester United. Apa-apa pun sama-sanalah kita tunggu perlawanan timbal balik nanti.


PREVIOUS ENTRY


Sekali lagi peminat bola pastinya tertunggu-tunggu keputusan / result Chelsea VS Manchester United dan Barcelona VS Shakhtar Donetsk live suku akhir Liga-Juara Eropah 1st Leg 2010/2011 pada 7 April 2011 ini kan.


Pertembungan Chelsea dan MU di Stamford Bridge boleh di anggap buku bertemu ruas. Untuk rekod MU belum pernah menang di gelanggang keramat Chelsea sejak 2002.




Chelsea pasti mahu membalas dendam kekalahan kepada MU di final Liga Juara-Juara Eropah 2008 di mana MU menang menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1.


Jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti pastinya terdesak untuk menang kerana trofi Liga Juara-Juara adalah satu-satunya trofi yang masih tinggal untuk Chelsea buru.




Pertembungan Nemanja Vidic VS Fernando Torres pastinya mencuri tumpuan selain pertembungan Wayne Rooney VS John Terry dan Nani VS Ashley Cole.


Jom kite terjah kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :- 




Satu lagi perlawanan menyaksikan Barcelona VS pendahulu lliga Ukrain, Shakhtar Donetsk di Nou Camp. Di atas kertas Barcelona tidak di lihat menghadapi masalah membenam pihak lawan.


Shakhtar Donetsk yang bukan berstatus bintang di anggap sebagai 'giant killer' kerana pernah menang ke atas Arsenal dan AS Roma dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah.




Apa-apa pun jangan lupa saksikan Chelsea VS Manchester United live di Astro ESPN saluran 812 jam 2.40 a.m manakala Barcelona VS Shakhtar Donetsk di Astro Sports saluran 813 jan 2.40 a.m 7 April 2011.


Keputusan kedua-dua perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat...


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home